Assalamualaikum,
Seperti yang dijelaskan dalam post sebelum ini, LDL adalah kolesterol 'jahat' manakala HDL adalah kolesterol 'baik'. Kali ini marilah kita mengaji cara-cara untuk MENINGKATKAN HDL kita.
1) Melakukan SENAMAN
Pakar menyarankan kita untuk bersenam atau bersukan selama sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak 5 kali seminggu untuk tingkatkan HDL kita. Di samping berjalan, berlari, senaman erobik, berenang, berbasikal serta permainan padang juga dapat meningkatkan HDL kita. Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa bagi orang yang gemar berlari, HDL mereka bertambah sebanyak 0.008 mmol/L bagi setiap batu larian. Kita semua 'NEVER TOO OLD & TOO LATE TO START TO EXERCISE'
2) Memperbanyakkan ikan dari laut sejuk
Untuk makluman semua, kandungan trigliserida ataupun lemak yang rendah dalam badan kita adalah berkaitan dengan HDL yang tinggi. Kajian menunjukkan ikan salmon, hadok, bilis, sardin, tuna, ikan tenggiri dan sebagainya mengandungi sejenis asid lemak istimewa yang disebut sebagai asid eikosapentaenoik atau EPA. EPA ini mampu menurunkan kandungan trigliserida atau lemak dalam badan kita. Agak sukar untuk kita menentukan berapa banyakkah ikan-ikan ini perlu kita makan untuk mendapat EPA yang cukup. Maka cara yang paling berkesan ialah mengambil makanan tambahan EPA. Cubalah OmegaGuard™ hari ini.
3) Kurangkan/Jauhkan/keluarkan lemak daripada sajian anda
Seperti apa yang kita sedia maklum, makanan yang mengandungi minyak tepu akan meningkatkan kolesterol dalam darah. Dapatkan makanan-makanan yang perlu dihadkan dalam sajian kita di sini. Makanan-makanan yang perlu dihadkan/disingkirkan dari senarai makanan jika ingin mengurangkan kolesterol anda
4) Turunkan berat badan anda ke paras normal (BMI 18 - 24)
Badan yang gemuk ada kaitan dengan kolesterol dan trigliserida yang tinggi, dalam erti maksud lain HDL yang rendah. Jadi kita kenalah menurunkan berat badan kita dengan gabungan diet serta senaman.
5) Hentikan tabiat MEROKOK
Ini adalah satu amaran kepada semua orang. Perokok mempunyai kandungan HDL yang rendah. Malah 2nd hand smoker pun mempunyai risiko yang tinggi untuk turunkan HDL. Demi kesihatan diri sendiri serta orang di sekeliling kita, hentikanlah tabiat merokok ini.
6) Tingkatkan pengambilan fiber / gentian larut dalam sajian
Fiber dalam makanan hanya akan mensasarkan LDL dan tidak menyentuh HDL. Hasil pengambilan fiber ini akan mengurangkan LDL pada masa yang sama mengekalkan kandungan HDL. Fiber dapat diperolehi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Cubalah Herb-Lax™ sebagai sumber fiber anda.
Carian Google |
www.hazritakahar.blogspot.com hazritakahar 012-5785845
No comments:
Post a Comment